APA YANG ANDA PERLU TAHU TENTANG HIDDEN CAMERA??

Ramai yang salah anggap antara Kamera tersembunyi dan Kamera Litar tertutup (CCTV),

Secara fungsinya boleh dikatakan sama, tetapi dari segi aplikasi dan fizikalnya

Ia adalah berbeza beza.

Tak dinafikan Kamera Litar Tertutup (CCTV) memang menjadi keperluan dimana-mana kediaman atau premis untuk tujuan keselamatan dan mendapatkan bukti. Kamera Litar tertutup (CCTV) Juga boleh dijadikan aset untuk mengelakkan dari berlakunya jenayah. Kebanyakan suspek akan mengelak dari melakukan jenayah di tempat yang telah terpasang Kamera Litar Tertutup (CCTV), tapi ada juga yang hati kering bak biawak tak hiraukan kawasan tersebut telah terpasang Kamera Litar Tertutup atau tidak.

Ini menjadikan Kamera Litar Tertutup (CCTV) tak mampu untuk mengawal semua aktiviti jenayah sepenuhnya. Nobody Perfect Beb.Tapi segala rakaman dapat dilihat dan diimbas kembali dari Kamera Litar Tertutup (CCTV) ini.

 

Apa pula cerita Kamera Tersembunyi ni?,

 

Secara asas  fungsinya lebih kurang sama dengan Kamera Litar Tertutup (CCTV) dimana dapat melakukan rakaman Video, Audio dan mengambil gambar, perbezaannya dalah dari segi bentuk fizikalnya yang pelbagai, komplek dan sukar di ramal haha.

Dari segi aplikasi pula Kamera Tersembunyi lebih pada kegunaan  aktiviti intipan,siasatan dan mencari bukti. Sebagai contoh En.K adalah suspek yang diragui, tetapi tiada bukti yang boleh mendakwa beliau, Jadi dengan Kamera tersembunyi ini kita dapat mencari bukti kukuh untuk mendakwa En.K. Banyak lagi kes yang perlu melibatkan Kamera Tersembunyi seperti kes pasangan Curang (Ini agak femes), rasuah, kecurian,bukti mahkamah,salah guna kuasa, bocor maklumat,tak menepati janji dan banyak gila lagi, nak tulis nanti berapa muka surat tak habis.

Untuk Tujuan Keselamatan semestinya Kamera Tersembunyi ni sangat penting untuk keadaan dunia yang serba maju dan haru biru sekarang ni. Jenayah ada dimana-mana dan bukti sangat penting untuk dirakam tak kira apa situasi kita berada.

Bak kata pepatah sediakan Machine Gun sebelum Perang.

Sekadar Info semoga dapat membantu kita dalam Keselamatan Diri.

 

 

 

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top