NAK RAKAM PERBUALAN DI SMARTPHONE ??

CALL RECORDER AUTOMATIK..

 

Apakebenda nya ni Mr.X ??

Inilah antara aplikasi yang korang boleh install FREE jer di Playstore atau IOS smartphone korang.

Untuk apa kegunaanya ni??

 

Sesetengah smartphone memang dah siap sedia ada aplikasi ni. So untuk yang takda tu korang boleh install jela di Playstore atau IOS.

Kegunaannya untuk merakam perbualan dengan apa saja panggilan samada “call in” atau “call out”. Agak penting untuk merakam perbualan tambah-tambah untuk dijadikan bukti untuk sesuatu perkara.

Biasa sembang projek juta-juta tu korang bolehla rakam k, tengok dah dapat projek tu nanti apa citernya pulak..hehe

 

Kegunaan lain adalah untuk “Voice Surveillance”.

 

Seperti GPS TRACKER yang ada fungsi ini korang boleh gunakan apliaksi Call Recorder Automatic ni untuk rakam perbualan suspek berdekatan dengan unit GPS TRACKER yang korang dah pasang atau letakkan tu. Sesuai untuk bilik meeting gak, boleh dengar dan rakam kot2 ada unsur rasuah ke kan.

Rasanya aplikasi ni membantu korang tak..
Untuk yang takda keperluan tu tak payah la gatal-gatal install, buat habis memory smartphone korang jer..hehe

SHARE atau Kongsikan kalau berguna, sama je kan maksudnya tu..

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top