TIPS MENYAMBUT TAHUN BARU DENGAN AMAN

  1. Keselamatan nombor satu 

Keselamatan adalah yang paling utama. Oleh sebab itu, kalau anda ingin menyambut malam tahun baru  dengan konvoi di bandar , pastikan untuk mempersiapkan keadaan kenderaan anda terlebih dahulu dengan baik, supaya acara konvoi korang menjadi lebih nyaman dan aman.

Yang terpenting, perlu patuhi peraturan  lalu-lintas dan jaga keselamatan berkenderaan.

satu hal yang agak penting adalah petrol harus tersedia selalu supaya tidak kehabisan ketika bersesak-sesak di jalan. Siapkan sebelum konvoi.

 

  1. Waspada sekitar 

Percaya atau tidak , bukan semua orang betul-betul nak menyambut tahun baru. Buktinya, setiap malam tahun baru mesti ada kes jenayah yang berlaku, contohnya vendalisme, kecurian dan sebagainya.

Memang ada sebahagian kelompok penjahat yang memanfaatkan tahun baru untuk mencari keuntungan .

Jadi, pastikan anda menyimpan barang berharga dengan baik. Kalau anda meraikan di tempat ramai, jangan terlalu membawa banyak barang dan perhiasan. Sebelum berangkat, pastikan juga pintu dan tingkap rumah sudah tertutup rapat di kunci ok.

 

  1. Pilih lokasi yang dekat dengan rumah 

Secara umum, ada port tertentu di setiap bandar  di mana spot tersebut menjadi pusat orang-orang yang ingin meraikan  tahun baru. Kalau di KUALA LUMPUR , biasanya di KLCC, Dataran Merdeka, Bukit Bintang dan sebagainya kan.

kalau ada tempat meraikan tahun baru yang dekat dari rumah, untuk apa mencari yang jauh? Kecuali, kalau memang anda  sudah rancang dengan penuh persiapan.

Ini untuk mengelakkan anda bersesak-sesak dengan kenderaan malam tahun baru ni, memang agak stress kadang2 tu, betul tak?.

 

  1. Raikan bersama orang-orang terdekat 

 Peringatan tahun baru merupakan acara yang diraikan oleh orang ramai sangat di seluruh dunia, mesti korang akan jumpa dengan banyak orang, tapi akan terasa krik-krik dan bosan kalau tidak kenal. Kalau nak  ikut gabung takut mengganggu.

Mesti lagi seronok  jika korang raikan tahun baru bersama kawan-kawan, sebab semakin ramai akan semakin meriah. Di samping itu juga akan lebih selesa dan merapatkan Ukhwah..

 

 

  1. Merayakan tahun baru di rumah 

 Meraikan tahun baru di rumah pun meriah apa, Dari bersesak-sesak dengan kenderaan dan orang ramai kat luar, baik duduk sambut dengan keluarga di rumah.

Acara macamni boleh dilakukan di halaman rumah kalian, contonya bakar jagung, bakar sate, bakar ayam, dan sebagainya.

Sambil menonton acara tahun baru secara live dari television, atau tengok pakai projektor, atau apapun yang boleh membuat acara tersebut semakin meriah.

Penghujung tahun sudah akan tiba, jika ingin merayakan tahun baru sebaiknya lakukan saja tips malam tahun baru aman dan berkesan supaya malam tahun baru anda lebih indah.

 

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top