PERLUKAN BUKTI ATAU KESELAMATAN DIRI ??

Anda Perlu mendapatkan bukti atau sekadar untuk keselamatan diri atau kedua-duanya sekali ??

 

CCTV atau kamera litar tertutup memang tak perlu diterangkan lagi kegunaanya, kebanyakan kita memang sedia maklum fungsinya betul ke betul? 

Tapi dalam beberapa keadaan anda pun tak pasti samada CCTV dapat membantu anda mendapatkan sesuatu bukti yang anda perlukan.

Atau hanya menakutkan suspek yang anda mahukan bukti darinya.

Objektif anda mesti jelas..

 

Jila tujuan anda lebih kepada keselamatan dimana bagi menakutkan suspek atau orang yang tak dikenali dari masuk ke rumah anda bila ternampak CCTV yang merakam mereka. CCTV adalah pilihan yang tepat, disamping dapat merakam perbuatan suspek atau orang yang tak dikenali sekiranya diorang tak kesah tentang kehadiran CCTV yang anda pasang tu.

Jika tujuan anda untuk mendapatkan bukti, contohnya bukti pengasuh rumah anda tentang aktiviti atau apa yang dilakukan dengan anak anda masa anda tak ada dirumah pergi bekerja atau mencari bukti kecurian di pejabat atau premis anda. Disini teknologi yang lebih canggih diperlukan bagi mendapatkan bukti.

Pinhole Camera WIFI..

 

Walaupun fungsinya lebih kurang sama dengan CCTV jenis IP Camera,yang boleh dilihat secara LIVE melalui Smartphone anda, tapi dengan bentuk fizikal dan saiz yang sangat kecil, memudahkannya untuk disorok dan dibawa.

Dengan fungsi pengaktifan yang mudah iaitu boleh menggunakan bateri,powerbank atau Power, ianya lebih praktikal dalam kerja penyiasatan dan risikan.

Dari sudut keselamatan, mungkin pencuri tak berasa takut untuk melakukan tugasnya sebab tak perasan kehadiran Pinhole Camera wifi ini kerana saiznya yang sangat kecil dan mudah disembunyi.

walaubagaimanapun segala rakaman tetap akan dirakam didalam Micro SD Card untuk Melihat kembali aktiviti yang lepas.

Semuanya terpulang di tangan anda dalam menentukan Teknologi 

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top