TANPA BERBELANJA SESEN PUN,. TINGKATKAN KESELAMATAN RUMAH ANDA DENGAN 5 CARA MUDAH INI.

1.Beritahu rakan atau jiran yang boleh dipercayai. Minta bantuan mereka untuk memeriksa rumah anda setiap hari, mengambil surat atau memastikan taman anda terjaga. Jangan membatalkan penghantaran suratkhabar anda – sebaliknya, minta bantuan mereka untuk mengambilnya juga. Rumah anda akan kelihatan seperti dihuni dan tidak akan menarik minat pencuri.

2.Gunakan suis pemasa untuk lampu-lampu. Tetapkannya secara automatik untuk memasang lampu atau radio pada masa-masa tertentu, bagi mewujudkan gambaran bahawa seseorang berada di dalam rumah. Sekiranya anda mempunyai lampu yang mengesan pergerakan, tetapkannya untuk dipasang pada waktu malam juga.

3.Simpan barang berharga di tempat selamat. TV, komputer riba, sistem Hi-Fi anda dan sebagainya harus disembunyikan dari pandangan. Tirai gelap membantu dari diintai – namun begitu, harus diingatkan tirai gelap yang dilabuhkan disiang hari mungkin menjadi panduan kepada penceroboh yang berpontensi.

4.Senyapkan nada dering telefon rumah anda. Sekiranya perompak sedang memerhatikan rumah anda, panggilan yang tidak dijawab berulang kali menjadi petanda bahawa anda tiada – jadi pastikan ia senyap atau cabut sambungan sebelum anda pergi.

5.Periksa kunci pintu dan tingkap. Pastikan kesemua kunci rumah anda berada dalam keadaan baik – kemudian, sebelum meninggalkan rumah, lakukan pemeriksaan terakhir untuk memastikan anda telah mengunci kesemuanya.

Hanya labur tak sampai RM300 untuk ketenangan fikiran sepenuhnya di waktu cuti umum.

Camna Tu??..

Sekiranya seseorang memecah masuk rumah anda, tidakkah anda lega apabila mengetahui melalui notifikasi dengan fungsi Motion Detector disamping dapat Tengok secara LIVE apa yang sedang berlaku di rumah anda pada waktu ini. Laporkan segera sebarang kecurigaan pada pihak berkuasa dan jiran untuk tindakan pencegahan yang pantas.

Pinhole Camera Wifi adalah Jawapannya..

Layari website kami di www.spygadgets.com.my untuk detail
lanjut.

.


Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top