PENTING, RAMAI YANG TAK TAHU KEPENTINGAN “VOICE SURVEILLANCE” DAN “AUTO CALLBACK”

Apakah itu “Voice Surveillance”??

Pemantauan Suara adalah suatu fungsi yang membolehkan kita mendengar suara/audio secara langsung dengan hanya mendail nombor pada satu peralatan khas. Fungsi ini kebanyakan terdapat pada unit Hidden Camera atau GPS TRACKER dan ia juga dipanggil  “bug”.

SimCard diperlukan untuk mengaktifkan fungsi ini.

Kelebihan fungsi ini adalah, Peralatan yang diaktifkan akan menjawab talian secara automatik apabila ada talian luar yang masuk, sekaligus membolehkan seseorang dapat mendengar perbualan di sekeliling peralatan tersebut secara langsung.

Kebiasaanya peralatan yang diaktifkan dengan fungsi ini akan diletakkan pada mana-mana tempat untuk seseorang mendengar perbualan secara langsung, samada mendengar perbualan staff, perbincangan staff dan client, mendengar perbualan dalam kereta dan sebagainya.

Pentingnya fungsi ini adalah untuk mendapatkan bukti tentang perbualan dari pihak yang dikehendaki, perbualan tersebut boleh dirakam terus menggunakan Phone untuk disimpan sebagai bukti.

Apakah itu “Auto Callback”??

Satu fungsi dimana peralatan yang diaktifkan akan menghubungi kita semula jika terdapat sebarang indicator seperti pergerakan atau bunyi di sekelilingnya dengan jarak dan spesifikasi yang tertentu.

Peralatan yang dimasukkan Simcard akan diaktifkan dengan Command yang tertentu.

Selepas diaktifkan, peralatan tersebut akan menghubungi nombor yang authorize atau dibenarkan jika terdapat sebarang bunyi bising disekelilingnya, biasanya dalam 60decibel atau mungkin ada peralatan yang aktif jika terdapat sebarang Motion Detection / Pergerakan lebih kurang 3meter dihadapan Peralatan, ianya bergantung pada spesifikasi.

Fungsi ini penting untuk keselamatan.

Biasanya peralatan yang diaktifkan akan diletakkan di rumah,pejabat,dalam kereta atau dimana sahaja keadaan privasi. Jika terdapat sebarang pencerobohan atau seseorang yang masuk ke kawasan tersebut, dengan mode “Audio Detection” iaitu bunyi bising atau “Motion detection” iaitu pergerakan, peralatan tersebut akan menghubungi nombor phone pihak yang authorize atau dibenarkan dan pihak tersebut dapat mendengar suara atau perbualan disekeliling peralatan tersebut secara langsung.

Penting, untuk fungsi “Auto Callback” ini, Simkad yang digunakan pada peralatan perlu mempunyai kredit,jika tidak ia tidak dapat menghubungi pihak yang berkaitan.

Dapat belajar sesuatu dari Fungsi-fungsi ini, semoga anda sentiasa berada dalam kawalan keselamatan 🙂

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top