5 JENIS “BUG” YANG ANDA PATUT TAHU

Apakah itu “BUG”

Dalam istilah perisikan dan penyiasatan  “BUG” adalah sejenis perannti pepijat dalam perlbagai jenis dimana ia membenarkan pihak ketiga untuk membuat pemantauan samada audio atau video melaluinya.

JENIS-JENIS “BUG”

1.LISTENING DEVICES

Peranti pepijat jenis ini terdiri dalam pelbagai bentuk seperti keychain,kunci kereta, Pendrive dan sebagainya. Fungsi utamanya adalah untuk merakam audio sahaja. Peranti pepijat jenis Listening Devices ini juga terdapat jenis bateri yang dapat bertahan sehingga 2 bulan. Segala rakaman audio diaktifkan melalui bunyi bising dan disimpan didalam Micro Sd Card.

2.AUDIO LISTENING

Peranti jenis ini juga agak femes digunakan untuk mendegar suara, dimana peranti pepijat jenis ini kebiasaanya menggunakan Radio Frekuensi atau Signal GSM. Audio perbualan dapat didengar dengan jelas samada melalui Radio jika menggunakan radio frekuensi atau Telefon dengan hanya menghubungi nombor simkad yang diletakkan pada peranti tersebut.

3.HIDDEN CAMERA/COVERT CAMERA

Peranti pepijat jenis ini mampu merakan video dan audio serentak, peranti pepijat jenis ini kebiasaanya digunakan untuk merakam aktiviti,audio atau kedua duanya. Pelbagai bentuk peranti pepijat jeinis ini seperti Pen, Pemetik Api, Kaca Mata dan sebagainya. Peranti pepejat jenis ini juga terdiri daripada 2 jenis iaitu Jenis Rakaman sahaja dan Jenis Live (Pemantauan secara LIVE dari jarak jauh)

4. VEHICLE TRACKING SYSTEM

Mungkin  ramai yang pernah Nampak dan tahu peranti pepijat jenis ini. Selain dari kekelamatan kenderaan, peranti pepijat ini juga terdapat dalam jenis portable dan bateri boleh tahan sehingga beberapa bulan, membuatkan ini kebiasaanya digunakan untuk menjejak lokasi samada secara LIVE (Realtime) atau Single Location ( Point).

5. WIRE TAP

Teknologi peranti pepijat ini telah digunakan sekian lama, terutamanya di premis atau pejabat.

Peranti pepijat jenis ini membenarkan segala talian telefon tetap dapat didengari oleh pihak tertentu yang berada dalam premis atau pejabat tersebut. Talian telefon tetap tersebut telah dipecahkan pada beberapa telefon lain supaya setiap perbualan dari telefon utama dapat didengari.

p/s: semoga perkongsian ini dapat membantu memberikan sedikit pengetahuan tentang dunia “James Bond” :)

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top