TIPS PERSEDIAAN SEBELUM MENGGUNAKAN PERALATAN ‘SPY CAMERA’ SEMASA OPERASI ATAU BERHADAPAN DENGAN SUSPEK.

“Intelligence Skill” @ Kemahiran Penggunaan Sangat penting dalam penggunaan peralatan ‘spy camera’ ini, ia berdasarkan pengalaman,kekerapan latihan dan juga daya kreativiti.

Masyarakat sering berpendapat bahawa penggunaan ‘spy camera’ adalah sangat susah untuk digunakan.samada untuk mencari maklumat/bukti atau mempertahankan diri. Masyarakat juga tidak tahu cara – cara penggunaan spy camera dengan betul, ini menyebabkan mereka akan kehilangan bukti- bukti/ maklumat yang penting apabila berhadapan dengan suspek. Disini kami akan memberikan beberapa tips cara-cara penggunaan ‘spy camera’ dengan betul dan berkesan.

1.BERLATIH

Pelanggan perlu berlatih sebelum menggunakan apa-apa ‘spy camera’ hal ini kerana jika pelanggan tidak mempunyai latihan yang mencukupi untuk mengendalikan ‘spy camera’, pelanggan tidak akan mendapat bukti atau visual yang jelas semasa mengendalikan.

2.BERTENANG

Pelanggan haruslah bersifat tenang menggunakan ‘spy camera’ agar tidak menimbulkan syak wasangka daripada suspek terhadap pelanggan yang menggunakan ‘spy camera’. jika tidak peluang untuk mendapat bukti atau maklumat itu akan sangat tipis, ini kerana suspek sudah mengetahui bahawa dirinya dirakam.

3. JANGAN BERFIKIRAN NEGATIF

Kebanyakan suspek tidak sedar tentang kewujudan ‘spy camera’ dan mereka tidak perasan yang mereka sedang dirakam oleh peralatan ‘spy camera’ pada anda.

Anda jangan terlalu risau ketika menggunakan ‘spy camera’ atau jangan terlalu takut berhadapan suspek, ini kerana untuk mengelakkan suspek mengesan perubahan tindak tanduk yang kita rancang,dan suspek dapat mengesyaki perubahan di wajah kita secara tiba-tiba seperti gelisah dan takut. Jangan terlalu menampakkan peralatan yang pelanggan sedang menggunakan barangan ‘spy camera’.

4. AKTIFKAN SEBELUM DIGUNAKAN

Perkara yang sangat penting perlu dilakukan sebelum operasi atau berhadapan dengan suspek. Peralatan ‘spy camera’ perlu diaktifkan sebelum digunakan untuk mengelakkan kesilapan semasa memulakan kerja penyiasatan atau pengintipan. Ia juga supaya memudahkan kita dari disyaki suspek jika mengaktifkan peralatan ‘spy camera’ dihadapannya. Aktifkan dahulu peralatan ‘spy camera’ dan anda akan rasa lebih yakin bahawa rakaman anda ini memang akan dirakam tanpa sebarang masalah.

P/S: Perlukan lagi Tip-Tip Sebelum Penggunaan ‘Spy camera’ boleh Tanya pada Team Spy Gadgets, Kami sedia membantu anda :)

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top