KELEBIHAN LENSA WIDE ANGLE DAN NIGHT VISION

Bolehkah Lensa asal Pinhole Camera Wifi di Naik taraf ke Lensa Wide angle atau Night vision?

Ramai pengguna kurang mengetahui bahawa Pinhole camera wifi jenis V4 atau V6 yang dijual boleh dinaik taraf lensanya menjadi lensa wide angle atau night vision. Jawapanya adalah ya, anda boleh menukarkan lensa asal kepada lensa wide angle atau night vision untuk meningkatkan tahap keupayaan pinhole camera wifi anda.

Berikut adalah kelebihan lensa wide angle dan night vision yang boleh dinaik taraf pada pinhole camera wifi anda,

Lensa Wide Angle

Kelebihan lensa ini adalah lensa ini dilengkapi lensa yang sedikit besar agar anda dapat melihat pandangan yang lebih luas dari lensa asal pinhole camera wifi. Lensa asal pinhole mempunyai sudut pandangan 110° darjah, manakala lensa wide angle pula mmpunyai sudut pandangan 150° darjah. Terdapat peningkatan sudut pandangan sebanyak 40° darjah. Jika anda melihat kualiti video di dalam aplikasi, ia akan memberi sedikit efek “fish eye” iaitu pandangan yang sedikit melengkung.

Akan tetapi, lensa wide angle ini sedikit panjang dari lensa asal pinhole. Agak menyukarkan jika anda ingin melakukan kerja-kerja perisikan, intipan dan menyorokkan lensa ini. Jika anda sorang yang kreatif, tidak menjadi masalah untuk anda menggunakanya untuk kerja-kerja tersebut.

Lensa Night Vision

Kelebihan lensa ini adalah lensa ini dilengkapi lampu infra-red yang dipasang disebelah kiri dan kanan lensa pinhole untuk memudahkan anda melihat dalam keadaan gelap. Ini kerana jika menggunakan lensa asal pinhole, semasa anda mengaktifkan fungsi night vision pada aplikasi LookCam pada telefon, anda akan mendapat visual yang samar-samar atau kelam kerana lensa asal pinhole tidak dilengkapi dengan lampu infra-red. Dari segi sudut pandangan pula, lensa night vision mempunyai sudut pandangan yang sama seperti lensa asal pinhole iaitu 110° darjah.

Lampu infra-red yang dipasang pada lensa pinhole camera tidak akan mengeluarkan lampu yang berwarna merah seperti kamera cctv yang mempunyai fungsi night vision kerana lampu infa-red dilapisi lapisan berwarna hitam untuk menyembuyikan lampu berwarna merah dari pandangan mata kasar.

Akan tetapi, lensa night vision ini sedikit lebar dari lensa asal pinhole. Agak menyukarkan jika anda ingin melakukan kerja-kerja perisikan, intipan dan menyorokkan lensa ini. Jika anda sorang yang kreatif, tidak menjadi masalah untuk anda menggunakanya untuk kerja-kerja tersebut.

Demikian kelebihan tentang lensa wide angle dan night vision untuk pinhole camera wifi V4 atau V6. Anda boleh menyesuaikan lensa tersebut untuk memenuhi keperluan anda sama ada anda mmerlukan pandangan yang luas atau ingin melihat secara jelas dalam keadaan gelap. 

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top