RAKAM BUKTI PERBUALAN DENGAN “VOICE RECORDER”

Voice Recorder merupakan salah satu “BUG” atau alat perisikan jenis Recording Devices.

Dengan saiznya yang kecil dan pelbagai bentuk memudahkan untuk kerja perisikan terutamanya untuk  merakam perbualan suspek.

Selain video.bukti perbualan agak penting bagi mendakwa suspek dalam sesuatu kes. Suara yang jelas dan tidak dapat disangkal lagi oleh mana-mana sistem perisian penggubahan suara.

Antara kelebihan menggunakan Voice Recorder bagi mendapatkan bukti adalah.

1.Bateri lebih tahan lama: Kebiasaanya bateri untuk voice recorder lebih tahan lama berbanding peralatan yang mengambil video dan audio. Rakaman dapat dibuat dengan lebih lama dan efisyen.

2.Lebih mudah dikendalikan: Berbanding alat peisikan lain, Voice recorder paling mudah dikendalikan,kebiasaannya ia hanya mempunyai butang ON dan OFF sahaja, dimana untuk mengaktifkannya hanya perlu ke butang ON dan untuk menghentikan rakaman hanya perlu ke butang OFF.

3.Jimat penggunaan Memori: Untuk rakaman suara, kadar kapasiti memori yang diperlukan untuk simpanan adalah rendah berbanding kapasiti memori yang diperlukan untuk rakaman video atau gambar. Anggaran untuk kapasiti memori 16GB boleh menyimpan sehingga 300 jam rakaman audio. Ia bergantung pada model Voice Recorder yang digunakan juga.

Dapat belajar sesuatu mengenai Voice Recorder, pastikan unit voice recorder yang baik  untuk dapatkan hasil rakaman yang jelas dan berkualiti.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top