KENAL PASTI CARA MACAU SCAM BEROPERASI

Kenal pasti empat cara beroperasi sindiket penipuan telekomunikasi atau ‘Macau Scam’ yang memperdaya mangsa dengan panggilan palsu hingga mengakibatkan kerugian jutaan ringgit. Modus Operandi (Cara beroperasi)

i) Cabutan bertuah (Lucky Draw)

Pengadu menerima panggilan telefon yang mendakwa mangsa telah memenangi pertandingan cabutan bertuah (lucky draw) bernilai jutaan dollar dari syarikat Hong Kong dan Macau.Pemanggil kemudiannya memberikan nombor telefon untuk dihubungi sekiranya pengadu mahu menuntut hadiah berkenaan. Setelah bersetuju, pengadu dikehendaki membayar cukai dan insuran dengan cara memasukkan wang ke dalam akaun tertentu bagi menuntut hadiah tersebut. Setelah transaksi selesai, pemanggil gagal dihubungi dan wang hadiah yang dijanjikan tidak diterima.

ii) ‘Spoofing’ pegawai polis / agensi kerajaan

Pengadu menerima pangilan telefon daripada individu yang mengaku sebagai pegawai mahkamah dan polis serta mendakwa bahawa pengadu terlibat di dalam kegiatan haram (seperti ah long, kongsi gelap dan pengedaran dadah) dan mangsa kemudiannya diminta untuk memindahkan wang dari akaunnya ke dalam akaun tertentu, kononnya bagi mengelakkan akaun mangsa dibekukan oleh pihak berkuasa.

iii) ‘Spoofing’ pegawai bank negara atau bank komersil (kad kredit)

Mangsa menerima panggilan daripada seseorang yang mengaku sebagai pegawai bank, dengan dakwaan bahawa mangsa gagal membuat bayaran kad kredit. Pengadu kemudiannya diarah untuk menghubungi seseorang, kononnya pegawai dari Bank Negara Malaysia (BNM) bagi mengelakkan nama disenarai hitam atau akaun bank dibekukan. Mangsa akhirnya diperdaya untuk membuat pemindahan wang ke nombor akaun tertentu melalui e-banking atau melalui mesin deposit tunai (CDM).

(iv). Tipu culik dan minta wang tebusan

Mangsa menerima panggilan telefon daripada seseorang yang mendakwa anak atau saudaranya diculik. Mangsa diperdaya untuk memindahkan wang tebusan ke nombor akaun pihak ketiga yang diberikan oleh pemanggil (terkesan juga pelbagai helah dan taktik lain yang digunakan oleh ahli-ahli sindiket untuk memperdayakan mangsa, termasuk dakwaan langgar lari dan gagal membayar hutang pinjaman bank / institusi kewangan).

Ayuh kongsikan tips ini untuk kebaikan kita bersama. kredit pada Polis Diraja Malaysia.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top