TAK GUNA PASANG GPS MAHAL, TAPI KENDERAAN HILANG PUN TAK DAPAT JUMPA

Pernah dengar tentang GPS (Global Positioning System)

Alat penjejak yang digunakan untuk mengetahui lokasi sesuatu tempat. Samada boleh pantau secara LIVE atau Single locationg ( Link lokasi atau point )

Tapi..Tak guna pasang GPS mahal2 tapi kereta hilang pun tak jumpa.

Biar kami Bongkar!

Banyak pengguna GPS cuma ikut jer cakap seller kena pasang untuk keselamatan kereta.

Masalahnya, betul ke selamat?

Dah pasang pun masih tak dapat track kalau kereta hilang atau kena curik..Kat mana silapnya?

Maaf, bukan nak tunjuk pandai. Ini adalah dari case study sebenar kami.

Mr.X cuba share info yang ramai tak tahu dan paham, Pada yang dah tahu, share2 la kat memembe tu gak.

Tolong Tukar Mindset.

Kegunaan alat penjejak atau GPS (Global Positioning System) bukanlah aksesori untuk nampak kenderaan korang cantik. Apatah lagi untuk expose bagi orang nampak.

Banyak jenis GPS yang dipasang pada bahagian pemandu, atau yang lagi style dipasang terus pada alat pencucuk rokok.

Barula style kan, ada lampu2 liplap gitu,menampakkan dalaman kereta anda lebih elegan…Style sangat kann.

Style yang dengan mudah pencuri senyum dan pejam mata je cabut bila masuk kereta korang tu.

Sepatutnya….

Alat penjejak adalah devices rahsia. Jangan exposekan pada sesiapa..

Biarlah rahsia~

Ada kes gunting dalam lipatan, Member sendiri rembat dan membe tu sendiri cabut alat penjejak tu. Dah korang rajin sangat bagitau semua orang kan

Alat penjejak atau GPS ini sepatutnya yang jenis kena install dan wiring tu, minta installer tu pasang tempat yang jarang dan tak logik ditemui. Kenderaan korang, korang lagi tahu la kan.

Ini banyak pasang kat tempat yang common, da berkurun daa. Bahagian depan je, tup2 kt bahagian dashboard, sambung kat ignition. Kena be Kreatip la beb.

Untuk yang jenis portable tu sebenarnya satu kelebihan la. Dah jenis pottable tu, jangan la bijak sangat letak kat tempat duit syiling kat kereta korang atau campak je dalam dashboard.

Tu mengundang nestapa namanya.

Banyak tempat korang blh letak utk yang jenis portable, fikirkan dengan kreatip tempat mana yang mungkin sampai kiamat pun orang tak jumpa kalau korang sorok..haha

Jangan korang yang lupa cukupla..

Mr.X taknak citer tempat mana yang paling rare nak letak utk GPS jenis portable ni. Nanti dah tak rahsia dan senangla kantoi pasni.

So paham tak sekarang…

Tempat sebenar GPS berada dalam kenderaan korang tu..rahsia~

Jangan kata Mr.X tak payung. Share untuk memembe korang yang dah atau nak pasang GPS tu tau

p/s:  Fikir dulu sebelum pasang. Spy Gadgets pun ada GPS TRACKER ADVANCE yang memang sesuai untuk korang sorok dalam kenderaan korang tu.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top