PENTING, TIPS MENCEGAH KECURIAN MOTOSIKAL

Kecurian motosikal bukannya satu jenayah yang bermusim. Ia boleh berlaku pada bila-bila masa sahaja.Kadang-kadang ia akibat kecuaian diri sendiri.

Meh ikuti langkah-langkah pencegahan yang patut diambil elak kecurian

1) Letak motosikal ditempat yang dikhaskan untuk motosikal. Jangan letakkan di tempat-tempat yang tidak sepatutnya.

2) Pasangkan alat penggera kecurian motosikal dan ukirkan nombor pendaftaran motosikal pada bahagian-bahagian yang jelas dilihat.

3) Jika ingin pergi di tempat yang berdekatan sila pastikan motosikal berkunci dengan sempurna. Anda hendaklah kunci di bahagian yang susah dibuka oleh pencuri dan jangan sekadar hanya kunci di bahagian leher motosikal walaupun sekejap.

4) Letakkan di tempat yang mudah dilihat dan pada waktu malam letak di tempat yang terang dan berlampu.Ini bagi memudahkan orang lain melihat sekiranya berlaku sesuatu.

5) Pastikan anda memasang rantai dan kunci tambahan bagi mengelakkan motosikal dari dicuri.

6)Gunakan GPS TRACKER untuk mengesan kehilangan

p/s: Jangan menjangkakan sesuatu yang tidak dijangka. Cegah sebelum terlambat.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top