5 JENIS SPY GADGETS DALAM KEHIDUPAN SEHARIAN

Teknologi spy telah wujud sekian lama pada abad ke-19. Teknologi ini pada masa dahulu banyak digunakan dalam ketenteraan dan perisikan, terutama dalam “Cold War”. Tapi kini Teknologi Spy ni penting dalam masyarakat umum untuk digunakan dalam proses mendapatkan bukti dan keselamatan diri.

Antara 5 jenis Teknologi Spy yang digunakan dalam kehidupan seharian:

1.Pinhole Camera

Teknologi SPY yang berfungsi untuk merakam video dan audio sekaligus, Ada dalam jenis Wi-Fi dimana dapat dipantau secara LIVE di smartphone dan ada dalam bentuk Recording dimana ia perlu dimainkan semula rakaman di laptop/pc. Dengan Lens yang sangat kecil dan mudah untuk disorokkan, ia membantu dalam proses mendapatkan bukti kecurian,pasangan curang, pengasuh dan sebagainya.

2.Pen Camera

Teknologi Spy ini telah banyak diketahui, walaupun begitu bentuk dan design telah berubah dari masa ke semasa menyebabkan ia juga sukar untuk orang biasa kenali. Kebiasaanya digunakan untuk meeting atau perbincangan untuk sesuatu urusniaga bagi merakam bukti jika berlaku apa-apa yang tidak diingini

3.GPS Tracker

GPS Tracker juga adalah salah satu Teknologi Spy. Ramai yang menggunakannya sebagai keselamatan kenderaan mereka. Jejak secara Live dimana kenderaan mereka berada. Ia juga digunakan bagi mendapatkankan bukti bagi pasangan yang ingin ketahui dimana pasangan mereka berada dan ia juga sebagai keselamatan untuk memantau anak.

4.Bug Surveillance

Satu teknologi yang digunakan bagi mendengar perbualan secara LIVE. Mahupun menggunakan sistem RF (Radio Frequency) atau GSM dimana Simkad yang dimasukkan pada unit tersebut untuk mendengar perbualan walau dimana sahaja anda berada. Kebiasaanya digunakan untuk mendengar perbualan rahsia dari pihak yang diragui.

5.Keychain Voice Recorder

Teknologi Spy jenis ini biasanya untuk merakam suara dengan jelas dalam suatu perbincangan sulit, dimana bukti perbualan amat penting digunakan bagi bukti atau maklumat yang akan digunakan jika berlaku sebarang masalah.

Ada banyak lagi Teknologi Spy yang penting dalam kehidupan seharian, sekaligus banyak membantu dalam proses mendapatkan bukti, penyiasatan dan keselamatan diri.

p/s: Teknologi dicipta untuk kebaikan,jangan salah gunakan teknologi

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top