AWAS! TEKNIK TERBARU SCAMMER

ANDA TERGODA, ANDA AKAN JADI MANGSA

Kaedah dulu dulu, scammer akan berbuat baik dan menabur cinta palsu hinggakan individu kesepian mula berkongsi gambar mahupun video tidak senonoh untuk tatapan.

Sejak itu diugut untuk disebarkan jika tidak membuat bayaran. Ada yang menjadi mangsa bertahun tahun hingga habis duit dan meminjam lagi demi elak maruah diri tersebar

TAKTIK TERKINI !

Scammer akan memberikan gambar yang tidak senonoh kononnya ia adalah gambar sebenar kononnya atas tujuan perubatan jika seseorang itu adalah perawat ataupun usahawan produk kesihatan mahupun kecantikan. Kononnya untuk mendapatkan khidmat perunding atas masalah kesihatan sakit puan atau sakit tuan.

Dari situ mangsa akan mula terganggu dan teruja kerana dapat lihat ‘gambar’ yang kononnya fresh.

Scammer akan terus memainkan peranan untuk mangsa semakin teruja dan mengajak mangsa berhubung melalui text ataupun video call.

Di sinilah scammer terus buat aksi yang bukan bukan untuk menjadikan mangsa tergoda dan terus menikmati LIVE tanpa sedar sebenarnya semua itu adalah rakaman ataupun watak ciptaan yang diupah scammer semata mata.

Dalam masa yang sama, apabila mangsa VC, scammer akan merakam, screen shot atau pelbagai kaedah lain yang menjadikan rakaman itu adalah benar.

Scammer memutuskan talian dan mengugut mangsa untuk menviralkan kepada medsos bahawa mangsa rupa rupanya kaki betina, kaki maksiat dan sebagainya.

Mangsa ketakutan kerana benar terlibat dalam VC dan ada rakaman sebenar menunjukkan jelas mangsa VC dengan ‘artis’ tersebut. Bayangkan jika mangsa adalah orang terkenal dan berpengaruh.

Reputasi akan jatuh mendadak, malahan boleh mengakibatkan perceraian suami isteri, anak tidak lagi hormati, kawan sahabat juga memandang serong.

Apabila mangsa ketakutan, scammer mula meletakkan syarat dengan bayaran tertentu selagi boleh

P/S: Awas! jangan mudah terpedaya dengan ayat-ayat manis dari orang yang tidak dikenali, banyak mangsa yang terkena kerana LALAI dan ALPA.

Leave a Comment

Your email address will not be published.

Scroll to Top
Subscribe to our newsletter

Claim Your Free Copy (Worth RM199)

Protect Yourself & Family Dignity. Get the FREE copy NOW!