Dalam era digital hari ini, isu pencerobohan privasi bukan lagi sekadar paranoia — ia adalah ancaman sebenar kepada banyak organisasi. Bugging devices seperti kamera tersembunyi, hingga peranti perakam suara bersaiz mikro, setiap sudut pejabat boleh menjadi sasaran untuk mengintip perbualan sulit, strategi syarikat, dan data korporat yang bernilai tinggi.
Di sinilah servis TSCM (Technical Surveillance Counter Measures) memainkan peranan penting.
Apa Itu Servis TSCM di Pejabat?
TSCM ialah proses pemeriksaan keselamatan profesional menggunakan teknologi khusus untuk mengesan, mengenalpasti dan menghapuskan bugging devices yang mungkin dipasang dalam ruang kerja.
Kenapa Pejabat Perlu Servis TSCM?
1. Melindungi Maklumat Sensitif Syarikat
Ruang mesyuarat, bilik pengarah dan ruang kerja eksekutif sering mempunyai perbincangan penting seperti:
- strategi bisnes
- pelan kewangan
- perbincangan merger & acquisition
- fail tender dan projek
Maklumat seperti ini sangat bernilai bagi pesaing atau individu berniat jahat.
2. Mencegah Insider Threat
Tidak semua ancaman datang dari luar. Kadangkala pekerja sendiri atau vendor luar boleh memasang peranti pengintipan untuk tujuan tertentu seperti sabotaj atau jual maklumat. Servis TSCM memastikan tiada kebocoran maklumat berlaku.
Siapa Yang Patut Menggunakan Servis TSCM di Pejabat?
Servis ini sangat relevan untuk:
- Syarikat korporat
- Pejabat kerajaan
- Firma guaman
- Syarikat pembinaan & tender besar
- CEO / Pengarah syarikat
- Industri teknologi & start-up
- Unit HR yang ingin memantau insider threat
Berapa Kerap Pejabat Perlu Buat Servis TSCM?
Kami sarankan:
- Sekali setiap 3–6 bulan untuk pejabat biasa
- Setiap bulan untuk syarikat high-risk seperti firma undang-undang, projek tender jutaan ringgit, fintech atau pejabat eksekutif
- Sebelum dan selepas mesyuarat pentingDalam dunia yang semakin canggih, ancaman pengintipan juga berevolusi. Servis TSCM membantu syarikat bukan sahaja melindungi maklumat tetapi juga reputasi dan kepercayaan pelanggan.Jika anda ingin memastikan ruang pejabat bebas daripada risiko pengintipan, servis TSCM adalah langkah pencegahan paling bijak.




