Seringkali kita dengat tentang Signal Jammer. Yang digunakan untuk memutuskan signal

Frekuensi dari sebarang peranti yang mengeluarkan signal frekuensi. Ia kebiasaannya digunakan untuk melindungi privasi dari “Bugging Devices: contohnya adalah Spy Camera Atau Hidden Camera, Listening Devices dan GPS Tracker. Tapi Bagaimana pula dengan peranti yang hanya merakam seperti Voice Recorder yang tidak mengeluarkan sebarang signal frekuensi. Bagaimana kita mahu mengelakkan dari rakaman isecara tersembunyi dan tidak beretika?.

Jawapannya adalah pada Audio Jammer

Apa itu Audio Jammer?

Secara ringkasnya adalah Audio Jammer merupakan satu peranti yang mengeluarkan gelombang frekuensi dipanggil “White Noise”, gelombang tadi akan memintas masuk ke dalam segala jenis mikrofon yang ada berhampiran dengannya bagi menghasilkan satu gelombang suara yang tidak jelas atau dipanggil “Random Signal”

Apa Kesan yang berlaku?

Mikrofon yang telah dikenakan gelombang “White Noise” dari Audio Jammer tersebut akan menghasilkan bunyi yang bising sekiranya dimuatturun atau dimainkan kembali.

Contonya adalah Voice Recorder. Rakaman pada voice recorder tersebut akan menghasilkan bunyi yang  bising sekiranya dimainkan kembali menyebabkan suspek tidak dapat mendengar perbualan tersebut dengan baik.

Ini secara ringkasnya berkaitan Audio Jammer. Ada banyak lagi detail berkaitan Auduo Jammer yang team Spy Gadgets akan kongsikan.

“Telinga Tersembunyi” kadang-kadang lebih bahaya dari “Mata Tersembunyi” 🙂
Categories :
Share This :

Related Post

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Search

Get our free ebook (wORTH RM199) today !

Find out the techniques used by counter-surveillance experts in detecting hidden cameras and other spy devices.

Scroll to Top

Security and surveillance equipment and services should be made available to everyone. It is not exclusively for the secret service, nor is it for criminals and voyeurs