“BODYCAM” VS “HIDDEN BODY CAM”

Kebanyakan sudah tahu tentang rancangan kerajaan Malaysia untuk menggunakan “BODYCAM” atau kamera badan pada penguatkuasa dalam tugasan mereka.

Sedikit Pengenalan tentang “BODYCAM” atau kamera badan ni, dimana ia adalah suatu kamera seperti “Dashcam” yang dipasang atau disangkut pada uniform untuk merakam segala Video dan Audio selepas diaktifkan. Terdapat pelbagai features untuk “BODYCAM” atau kamera badan ni seperti membuat rakaman video,audio,wifi,night vision dan sebagainya, bergantung pada spesifikasi dan harga juga. Negara luar seperti Eropah telah lama menggunakan Teknologi ini dalam tugasan mereka.

Tapi Persoalannya adakah “BODYCAM” atau Kamera badan ni dapat mencegah segala aktiviti jenayah dengan sepenuhnya.

Jawapannya TIDAK.

Ini Kerana..

  1. “BODYCAM” atau Kamera badan ni dikendalikan oleh manusia, kemungkinan terdapat human error dimana unit tersebut tidak diaktifkan dalam masa tertentu.
  2. “BODYCAM” atau Kamera badan ni mungkin terdapat kerosakan semasa rakaman atau operasi dilakukan menyebabkan bukti tak dapat dirakam sebaiknya
  3. Ada individu yang sengaja membuang segala video rakaman di dalam “BODYCAM” atau Kamera badan ini, menyebabkan bukti hilang
  4. “BODYCAM” atau Kamera badan ni sebagai “preventive” sahaja dimana mengelakkan orang awam bertindak tidak baik pada penguatkuasa atau sebaliknya.
  5. Kes-kes rasuah , “duit tepi”  atau perbincangan sulit selepas waktu kerja atau semasa “BODYCAM” atau Kamera badan  dimatikan tidak dapat dirakam.
  6. Penjenayah atau suspek tidak dapat ditangkap kerana mereka tahu bahawa mereka sedang dirakam.

Ada banyak lagi perkara lain yang mungkin tak dapat dijalankan dengan menggunakan “BODYCAM” atau Kamera badan ni.

Bagaimana pula dengan “HIDDEN BODY CAM”

Banyak kes yang dapat dirakam menggunakan “HIDDEN BODY CAM” ini.

Tapi terdapat kelemahan pula dimana ia tak sesuai untuk “Preventive” dimana untuk melindungi diri penguatkuasa dari diberi rasuah atau sebagainya dari suspek atau orang awam akan berlaku , kerana mereka tidak tahu diri mereka sedanng dirakam, Hanya penguatkuasa itu sendiri yang tahu.

Sebagai Langkah untuk menangkap Dalang atau Suspek yang bersalah dalam sesetengah kes itu, “HIDDEN BODY CAM” ini sangat membantu. Proses rakaman bukti dan penyamaran mudah dilakukan bagi mengumpul bukti menangkap suspek yang dikehendaki, berbanding suspek akan melarikan diri jika tahu diri mereka sedand dirakam.

“HIDDEN BODY CAM” juga bukan teknologi baru.Ia kebiasaanya digunakan oleh kumpulan risikan dan penyiasatan untuk mendapatkan bukti dan menangkap suspek.

Apa yang anda rasa lebih penting ??

“BODYCAM”  atau “HIDDEN BODY CAM”. Segalanya bergantung pada apa yang anda mahukan.

p/s: Tepuk Dada Tanya Selera :)

Categories :
Share This :

Related Post

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Search

Get our free ebook (wORTH RM199) today !

Find out the techniques used by counter-surveillance experts in detecting hidden cameras and other spy devices.

Scroll to Top

Security and surveillance equipment and services should be made available to everyone. It is not exclusively for the secret service, nor is it for criminals and voyeurs