GPS atau nama penuh adalah Global Positioning System.Merupakan satu alat penjejak lokasi yang tepat kerana dihunungkan dengan sistem GPS. Tapi tahukan anda, unit GPS juga mempunyai beberapa jenis grade di pasaran.Jika salah pilih, berkemungkinan sesuatu fungsi yang anda inginkan itu mungkin tak dapat dipenuhi sepenuhnya.

1.LOW GRADE GPS

GPS dalam kategori ini biasanya boleh dikatakan sebagai pakai buang atau boleh digunakan dalam Fungsi yang asas sahaja, contohnya untuk “Single Locating” atau “Realtime Tracking”.

Dari segi kestabilan dan ketepatan adalah kurang kerana komponen yang digunakan adalah kurang kualiti. Masih boleh digunakan untuk dalam keadaan yang limited dan tempoh masa yang tidak lama. Diikutkan dari segi Harga, unit GPS dari kategori LOW GRADE ini memang murah dan sangat mampu milik untuk semua golongan. Tapi jangan jangkakan fungsi dan kualiti yang hebat setanding dengan harganya

2.ENFORCEMENT GRADE GPS

GPS dalam kategori ini adalah sesuai untuk tugasan atau operasi yang melibatkan penjejakan atau aktiviti “Surveillance”. GPS dalam kataegori ini biasanya mempunyai fungsi yang banyak dan boleh digunakan dengan baik. Dari segi kestabilan dan ketepatan adalah baik, tapi masih juga bergantung pada simcad telco yang digunakan. Dari segi ketahanan adalah sesuai untuk digunakan pada keadaan yang tidak terlalu lasak seperti keadaan dalam hutan. Diikutkan dari segi harga, ia berbaloi dengan kualiti dan fungsi yang ada. Sesuai untuk keselamatan dan aktiviti penjekan dalam tempoh yang agak lama.

Unit GPS TRACKER ADVANCE adalah dalam kategori Enforcement Grade.

3.MILITARY GRADE GPS

GPS dalam unit ini adalah yang terbaik. Kebanyakan digunakan dalam pihak penguatkuasa dalam melakukan tugasan dan operasi. Dengan fungsi dan ketepatan yang baik seperti unit Enforcement Grade. Unit GPS Military Grade ini mempunyai daya tahan yang lebih baik dimana kebanyakannya adalah waterproof kedalaman 5 meter dalam air atau lebih dan tiada masalah dengan kedaaan yang lasak seperti dalam hutan. Walaupun tidak ramai yang menggunakan unit GPS dalam kategori Military Grade ini, ia tetap masih relevan dan banyak membantu dalam kerja dan operasi pihak penguatkuasa.

Dari segi harga rasanya anda sedia maklum, ia mungkin 4 atau 5 kali ganda dari GPS dalam kategori Enforcement Grade. Walaubagaimanapun ada juga individu yang tidak kisah tentang harga jika dibandingkan dengan keselamatan asset berharga yang hilang tanpa jejak.

Harap info ini dapat membantu anda untuk untuk membuat pemilihan jenis GPS. Buat pilihan yang tepat untuk aplikasi dan tahap keselamatan anda. Murah atau Mahal adalah subjektif jika anda nampak Value dalam sesuatu peralatan itu.

Categories :
Share This :

Related Post

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Search

Get our free ebook (wORTH RM199) today !

Find out the techniques used by counter-surveillance experts in detecting hidden cameras and other spy devices.

Scroll to Top

Security and surveillance equipment and services should be made available to everyone. It is not exclusively for the secret service, nor is it for criminals and voyeurs