Hati-hati dengan virus “spyware”

Semasa dunia tengah dilanda virus COVID-19 ini, ada juga individu yang tidak bertanggungjawab melakukan aktiviti jenayah cyber atas kepentingan sendiri atau pihak-pihak tertentu.

Apa itu Spyware??

Spyware adalah perisian yang dipasang sendiri di komputer anda dan mula memantau secara tersembunyi tingkah laku dalam talian anda tanpa pengetahuan atau kebenaran anda.

2 keadaan dimana Spyware boleh dipasang

1.Dalam keadaan Manual

Smartphone atau sebarang peralatan anda anda dimasukkan atau dipasang perisian spy ini secara manual.

Cara ini memerlukan suspek mengambil smartphone atau peralatan anda untuk mereka setting secara manual untuk masukkan perisian spy tersebut. Cara ini agak sukar baagi suspek terutamnya smartphone kerana mungkin selalu bersama anda.

2.Secara Bentuk Link

Cara ini adalah kebanyakan digunakan, sesetngah syarikat menggunakan cara ini untuk mendapatkan Database anda bagi tujuam pemasaran. Tapi yang bahayanya ialah cara ini digubakan bagi sesetngah individu untukj tujuan penggodaman. Segala maklumat anda, perbualan anda melalui whatsapp, wechat, telegram atau medium lain dapat dibaca oleh suspek tersebut setelah berjaya menggodam smartphone anda.

Bagaimana penggodmaan dilakukan menggunakan bentuk Link ??

Anda pernah terima sebarang Give away voucher, Redeem Voucher atau sebarang cash voucher dimana and perlu Klik untuk menebus. Ini sangat berbahaya jika link tersebut adalah salah satu spyware, jika anda menekan link tersebut, berkemungkinan smartphone anda akan digodam.

Dan lebih bahaya lagi jika anda diminta share link tersebut bai tujuan menebus voucher yang diberi.

Ini sekaligus mendedahkan diri anda sebagai Scammer secara tidak langsung.

Cara Pencegahan “Spyware”

1.Pastikan Link yang diterima adalah sahih

Pastikan sahih segala link voucher yang mungkin anda terima melalui SMS atau Whatsapp dan sebagainya. Jika link tersebut meragukan atau mungkin offer yang diberikan tidak logik, baik anda jangan tekan link tersebut daripada menyebabkan diri anda mendedahkan diri pada penggodam.

2.Install Software Anti Spyware

Software antivirus atau anti spyware boleh didapati pada Playstore atau Appstore smartphone anda.

Search sahaja samada software yang percuma atau berbayar untk anda install pada smartphone. Perbezaan yang percuma atau berbayar pastinya pada ciri keselamatan yang diberikan.

Yang berbayar semestinya ciri keselamtannya lebih mantap berbanding yang percuma. Dengan software yang anda install pada smartphone ini. Segala link yang yang berkemungkinan adalah spyware akan diberikan alert seperti “suspicious Link” di link tersebut. Disitu anda dapat kenal pasti dimana link yang sahih dan tidak sahih.

Perisian Spyware ini telah lama wujud di dunia untuk tujuan perisikan dan penyiasatan. Tapi kebanyakannya telah salah gunakan bagi tujuan peribadi.
Categories :
Share This :

Related Post

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Search

Get our free ebook (wORTH RM199) today !

Find out the techniques used by counter-surveillance experts in detecting hidden cameras and other spy devices.

Scroll to Top

Security and surveillance equipment and services should be made available to everyone. It is not exclusively for the secret service, nor is it for criminals and voyeurs