KELEBIHAN PEMASANGAN PINHOLE CAMERA

Perkataan CCTV sudah sinonim dalam kalangan rakyat Malaysia sebagai cara pengambilan langkah keselamatan. Kini sudah wujud pelbagai jenis kamera CCTV yang memberikan anda variasi fungsi untuk anda pilih mana yang sesuai dengan keperluan anda. Tapi pernahkah anda mendengar perkataan Pinhole Camera Wifi?

Terdapat 2 jenis Pinhole Camera

Terdapat 2 jenis Pinhole Camera di dalam pasaran iaitu; Pinhole Camera Recording dan Pinhole Camera Wifi. Kedua-dua jenis pinhole ini mempunya aplikasi yang sama seperti merekod video berserta audio, mengambil gambar dan pengumpulan bukti. Akan tetapi Pinhole Camera Wifi mempunyai kelebihan untuk pengguna untuk memantau secara langsung melalui telefon pintar.

Pemasangan Pinhole Camera Wifi dapat memberi nilai tambah yang baik kepada diri anda dan juga premis anda. Ini kami kongsikan kelebihan pemasangan Pinhole Camera Wifi yang mampu berikan kepada anda.

Saiz yang kecil dan mudah untuk disembunyikan.

Pinhole Camera Wifi mempunyai saiz yang kecil untuk memudahkan kerja-kerja pemasangan dan mudah untuk disembunyikan dari pandangan mata kasar. Tidak seperti kamera CCTV yang mempunyai saiz yang agak besar dan lens yang agak kelihatan pada pandangan mata manusia, pinhole camera boleh disembunyikan didalam peralatan elektrik seperti kipas, aircond, lampu dan sebagainya mengikut kreativiti. Pinhole camera juga boleh dipasang di dalam pasu bunga atau plaster siling. Ini kerana saiz lens yang terdapat pada pinhole camera agak kecil dan hanya perlu menebuk satu lubang yang kecil untuk melekatkan lens pinhole camera pada peralatan-peralatan tersebut.

Sumber kuasa untuk pinhole camera.

Pinhole camera berfungsi sama ada menggunakan bateri, powerbank atau sambungan ke ‘adapter’ telefon. Untuk pemasangan pinhole camera, sumber kuasa yang akan diguna sama ada External Battery, Powerbank atau ‘tapping’ pada sumber kuasa peralatan elektrik seperti kipas, aircond dan lampu.

Pemantauan secara tersembunyi dan jarak jauh.

Pinhole camera wifi memberi kelebihan kpada pengguna untuk memantau segala aktiviti suspek sama ada di rumah atau di pejabat secara tersembunyi. Ini kerana kerja-kerja pemasangan pinhole camera dilakukan secara teliti dan kemas untuk memastikan suspek tidak mengetahui kewujudan pinhole camera di kawasan berkenaan.

Pinhole camera ini juga mempunyai sambungan kepada wifi rumah @ pejabat untuk memudahkan pelanggan memantau keadaan secara jarak jauh. Sambungan wifi ini boleh dilakukan didalam aplikasi pinhole yang dimuat turun didalam telefon pintar.

p/s: Mana yang anda rasa lebih baik untuk aplikasi anda?, tepuk dada tanya selera :)
Categories :
Share This :

Related Post

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Search

Get our free ebook (wORTH RM199) today !

Find out the techniques used by counter-surveillance experts in detecting hidden cameras and other spy devices.

Scroll to Top

Security and surveillance equipment and services should be made available to everyone. It is not exclusively for the secret service, nor is it for criminals and voyeurs