Banyak peralatan yang digunakan dalam kerja Home Flushing atau TSCM. Salah satunya adalah Thermal Camera. Thermal Camera juga terdapat beberapa spesifikasi yang mana ada juga khas untuk kerja maintenance,wiring,plumbing dan sebagainya.
Pengesanan Haba dari alatan spy atau “Bugging Devices” menggunakan Thermal membantu dalam proses Penjejakan & Pengesahan.
FLIR C5, walaupun unit ni adalah kategori Intermediate dalam TSCM (Technical Surveillance Counter-Measures).
Tapi untuk kerja Home Flushing ia boleh dikategorikan sebagai peralatan yang Advance untuk proses pengesahan “bugging devices” di kediaman atau premis anda.
Bugging Devices jenis Voice Recorder memang tak dapat untuk dilihat dengan mata kasar atau menggunakan “Lens Finder”, tambahan lagi apabila ia disorokkan di tempat yang tersembunyi seperti dalam plaster ceiling atau gypsum.
Bugging Devices yang aktif memang akan menghasilkan haba yang tak dapat dielakkan. Jadi Thermal Camera dapat membantu membuat pengesanan dengan baik.
p/s: Jangan biarkan ada "mata" dan "telinga" tersembunyi yang merakam anda.