PERBEZAAN ANTARA LOCATOR DAN GPS TRACKER?

Ramai  yang mencari suatu peranti penjejak yang sangat kecil seperti saiz Syiling untuk membuat pemantauan yang efektif dan ramai yang menganggap Locator dan GPS TRACKER adalah satu peranti yang sama.

Secara teknikalnya alah sangat berbeza, dari spesifikasi, features dan aplikasi sangat berbeza.Bahkan dari saiz dan tempoh hayat bateri juga tidak sama.

Jom kita ketahui secara ringkas perbezaan antara Locator dan GPS TRACKER ini.

1.SAMBUNGAN

Secara general Locator menggunakan sambungan Bluetooth untuk penjejakan dan GPS TRACKER menggunakan sambungan terus ke Satelite dan Pencawang untuk penjejakan. Ini menyebabkan

Pemantauan menggunakan GPS TRACKER adalah unlimited walau berada sejauh mana pun di pelusuk dunia

berbanding Locator hanya limited pada sambungan Bluetooh. Sebagai contoh “AIRTAG” yang dikeluarkan oleh Apple hanya boleh menjejak maksimun sejauh 200m lebih sahaja dengan aplikasinya.

2.FUNGSI

Secara general fungsi GPS TRACKER adalah sangat banyak berbanding Locator seperti ( Realtime Tracking, Voice Monitor, Cut-Off Fuel (Untuk yang jenis Hardwired), Data Analysis Report, Geo-Fence, Speeding Alert, dan pelbagai Alert lain yang boleh diaktifkan). Loator pula hanya berfungsi membuat penjejakan lokasi dan pin-point dimana peranti tersebut berada.

3.KETAHANAN BATERI

Ketahanan bateri Locator adalah lebih lama berbanding GPS TRACKER. Ada yang bertahan sehingga setahun. Ini kerana signal yang dikeluarkan adalah sangat sedikit, berbanding GPS TRACKER yang mempunyai banyak fungsi dan alert untuk ditransit pada pengguna.Ditambah pula dengan Realtime-Tracking dimana signal yang ditransmit pada pengguna boleh dilaras minimum 5 saat setiap masa. Locator hanya mengeluarkan signal sekali bila diperlukan.

4.SAIZ

Saiz Locator boleh jadi kecil seperti duit syiling kerana bateri yang digunakan adalah seperti bateri jam tangan CR1620,CR2540 atau model yang serupa.Bateri jenis ini dugunakan untulk Low power comsumption. Berbanding GPS TRACKER saiz biasanya agak besar kerana menggunakan bateri jenis LI-ION atau LI-PO yang saiz agak besar dan memerlukan pengecasan yang kerap.

5.APLIKASI

Untuk tujuan pemantauan dan penjejakan yang professional, GPS TRACKER semestinya  menjadi plihan dalam sesuatu kerja dan operasi kerana features yang banyak untuk mendapatkan bukti penjejakan. Berbanding Locator sesuai digunakan untuk penjejakan dan mengenalpasti kehilangan sesuatu dalam jarak yang berdekatan sahaja seperti kehilangan barang dalam kawasan tertentu dan kehilangan Pets dalam jarak yang dekat.

Ada banyak lagu sebenarnya perbezaan antara GPS TRACKER dan LOCATOR ini. Diharap dengan sedikit pencerahan ini membantu anda untuk membuat keputusan yang mana lebih relevan untuk penggunaan dalam masalah anda. Dapatkan nasihat dari pakar untuk membuat pilihan supaya dapat selesaikan masalah anda dengan lebih tepat.

Categories :
Share This :

Related Post

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Search

Get our free ebook (wORTH RM199) today !

Find out the techniques used by counter-surveillance experts in detecting hidden cameras and other spy devices.

Scroll to Top

Security and surveillance equipment and services should be made available to everyone. It is not exclusively for the secret service, nor is it for criminals and voyeurs