Teknologi “James Bond” untuk unit perisikan penguatkuasa sahaja

Ramai yang menganggap Teknologi “Jamebond” atau Teknologi Spy ini hanya digunakan oleh unit perisikan dan penguatkuasa sahaja. Tapi secara umumnya Teknologi Spy ni banyak kegunaanya dalam menyelesaikan masalah bagi orang awam dalam kehidupan seharian. Antaranya adalah:

1.Kes Ugutan

Banyak kes ugutan yang berlaku tiap hari, mahupun dalam kerja, urusniaga atau personal. Banyak bukti yang tidak kukuh didapati untuk mendakwa suspek dalam kes tuduhan ini. Teknologi spy seperti Hidden Camera banyak membantu membuat rakaman secara tersembunyi bagi merakam salah laku suspek terhadap individu. Sekaligus dapat mendakwa suspek untuk report dan tindakan susulan dengan lebih mudah

2.Kes penyelewengan dan Pecah Amanah

Banyak berlaku kes ini di pejabat. walaupun anda mengesyaki sesorang yang melakukan, tapi tiada bukti kukuh untuk mendakwanya. Silap haribulan anda yang akan didakwa kerana memfitnah. Teknologi Spy seperti Hidden Camera dapat membantu merakam aktiviti suspek secara tersembunyi. Dengan ini suspek tak boleh berdolak dalih lagi bila ada bukti yang kukuh yang beliau telah melakukan salah laku jenayah.

3.Kes Kehilangan barang secara MISTERI

Banyak berlaku kes kehilangan ini samada di rumah, premis perniagaan atau pejabat. Samada dilakukan oleh orang dalam sendiri atau pihak luar. Kamera CCTV kebiasaanya kurang membantu mendapat rakaman bukti kerana telah disedari. Teknologi Spy seperti Hidden Camera dapat digunakan bagi membantu kes kehilangan secara MISTERI atau mistik ini

4.Kes Pasangan Curang

Kes ini memang agak terkenal di mana-mana negara pun, bukan setakat di Malaysia sahaja. Memang tak dapat dielakkan jika naluri anda mengesyaki

pasangan anda curang atau mempunyai skandal dengan seseorang. Teknolgi Spy seperti GPS TRACKER sekurangnya dapat membantu mengesan jejak secara LIVE dimana pasangan anda berada. Kebiasaanya unit GPS TRACKER mudah alih yang akan digunakan kerana ia lebih mudah disorok dan tidak perlu melakukan sebarang kerja pemasangan atau wiring.

Banyak lagi kes yang melibatkan masalah kehidupan seharian yang dapat dibnatu menggunakan Teknologi Spy ini. Rujuk pada yang pakar untuk konsultansi lebih lanjut

p/s: Teknologi dicipta untuk mebantu menyelesaikan masalah, cuma jangan salah gunakan teknologi :)
Categories :
Share This :

Related Post

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Search

Get our free ebook (wORTH RM199) today !

Find out the techniques used by counter-surveillance experts in detecting hidden cameras and other spy devices.

Scroll to Top

Security and surveillance equipment and services should be made available to everyone. It is not exclusively for the secret service, nor is it for criminals and voyeurs