Servis Flushing juga dikenali sebgai Bug Sweeping, merupakan pemeriksaan yang dijalankan bagi mengsan, mencegah dan menyahaktifkan “bugging devices” seperti hidden camera dan juga listening device. Bagi perkongsian kali ini, kami akan menerangkan maklumat penting yang anda perlu tahu mengenai servis ini.

1. APAKAH PERBEZAAN DI ANTARA SERVIS TSCM & SERVIS FLUSHING?

Servis Flushing lebih mudah diakses dan juga kos efektif. Servis ini sering digunakan untuk keperluan keselamatan berskala kecil, seperti di rumah atau kereta, untuk memastikan tiada bugging devices yang mungkin tersembunyi. Servis ini sering diambil oleh pemilik rumah, pemilik kerets atau individu yang menjalankan pernigaaan secara servis seperti perkhidmatan kereta sewa, rumah sewa, chalet dan juga hotel bajet. Berbeza dengan servis TSCM, ianya sering diambil oleh syarikat-syarikat besar. Kadar ketetapan bagi servis Flushing adalah 75% manakala kadar ketetapan bagi servis TSCM pula adalah 98%.

2. BAGAIMANA SERVIS TSCM DAPAT MEMENUHI KEPERLUAN KLIEN?

Keperluan Privasi: Rata-rata klien kami menyatakan kebimbangan tentang pengawasan atau campur tangan dari pihak ketiga yang tidak diinginkan, seperti pesaing perniagaan atau individu dengan niat jahat.

Keselamatan Maklumat: Untuk melindungi maklumat peribadi atau rahsia perniagaan mereka. Jika mereka mempunyai maklumat sensitif, mereka ingin memastikan tiada “bugging devices” yang dipasang di rumah atau kereta mereka.

Ancaman: Ada klien yang berasa terancam dengan individu atau pasangan mereka . Dalam situasi ini, mereka mahu memastikan “bugging devices” seperti hidden camera dan GPS tracker yang digunakan untuk memantau pergerakan atau perbualan mereka.

Bebas dari Pengawasan: Untuk memastikan bahawa persekitaran mereka bebas dari sebarang bentuk pengawasan yang boleh memberi kesan kepada strategi mereka. Ini termasuk memastikan tiada alat pengintip yang boleh membocorkan maklumat mengenai aktiviti harian mereka.

Ketenteraman Hati: Ada juga klien yang mahukan ketenteraman hati, dengan mengetahui bahawa persekitaran mereka bebas dari ancaman pengawasan dari pihak yang tidak bertanggungjawab.

3. APAKAH PERBEZAAN ALATAN YANG DIGUNAKAN DALAM SERVIS TSCM & SERVIS FLUSHING?

Bagi servis TSCM, alatan yang digunakan adalah: Spectrum Analyzer, Thermal Imaging Camera (TIC), Non Linear Junction Detector (NLJD) & Industrial Endoscope.

Bagi servis Flushing, alatan yang digunakan adalah: RF Detector. Lens Finder, Thermal Imaging Camera (TIC) & Endoscope.

Secara keseluruhan, servis Vehicle & Home Flushing adalah penting untuk memastikan keselamatan dan privasi di kedua-dua rumah dan kereta. Ia melindungi daripada ancaman yang mungkin merosakkan privasi peribadi atau keselamatan, memastikan bahawa perbualan dan maklumat sensitif kekal selamat dan tidak disalahgunakan.

Share This :

Related Post

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Search

Get our free ebook (wORTH RM199) today !

Find out the techniques used by counter-surveillance experts in detecting hidden cameras and other spy devices.

Scroll to Top

Security and surveillance equipment and services should be made available to everyone. It is not exclusively for the secret service, nor is it for criminals and voyeurs