CARA NAK KESAN HIDDEN CAMERA DI HOTEL,HOMESTAY ATAU TEMPAT PENGINAPAN

Ada beberapa cara untuk mengesan dan ini adalah salah satu caranya.

Sebenarnya, kamera CCTV ni berfungsi untuk memantau sebarang perkara yang tidak bagus dan mencegah jenayah tapi telah disalahgunakan oleh pihak tak bertanggungjawab dengan membuat kerja yang tak sepatutnya.

Kepada yang nak berhoneymoon, berhati-hati la ye..kemungkinan gerak geri anda sedang diperhatikan dan dirakam. So, bagaimana nak pastikan ada kamera CCTV tersembunyi dalam bilik hotel/homestay?

Semasa menginap di hotel/homestay, anda boleh gunakan camera handphone untuk memastikan tiada kamera CCTV tersembunyi dalam bilik tempat anda menginap.

Langkah-langkah untuk mengesan kamera CCTV tersembunyi seperti di bawah :

.

  1.  Setelah memasuki bilik, padam semua lampu,tutup tingkap dan langsir.
  2. Pastikan bilik dalam keadaan segelap yang boleh.
  3. ON kan camera phone anda tetapi jangan ON flash camera.
  4. Pusing sekitar bilik anda dengan phone di tangan.
  5. Sekiranya anda menjumpai DOT/TITIK MERAH kelihatan dalam skrin kamera anda,itu bermakna ada kamera tersembunyi dipasang dalam bilik tersebut.
        Pastikan ianya betul-betul kamera dan buat laporan polis.
Categories :
Share This :

Related Post

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Search

Get our free ebook (wORTH RM199) today !

Find out the techniques used by counter-surveillance experts in detecting hidden cameras and other spy devices.

Scroll to Top

Security and surveillance equipment and services should be made available to everyone. It is not exclusively for the secret service, nor is it for criminals and voyeurs