Kereta guna sistem tanpa kunci berisiko dicuri

Pemilik kereta yang menggunakan sistem tanpa kunci (keyless entry system) berisiko kehilangan kenderaan dengan adanya alat penggodam berfrekuensi di pasaran tempatan.

Alat berkenaan yang berharga sekitar RM50 boleh diperolehi melalui laman atas talian atau kedai eletronik.

Ia berupaya membuka pintu kereta dan menghidupkkan enjin dengan menggodam informasi pengecaman frekuensi radio (RFID).

Sumber berkata, alat berkenaan boleh membuka setiap kereta yang tidak menggunakan kunci iaitu menngunakan sistem “Keyless Entry System”, dimana kebanyakan kereta baru sekarang menggunakan sistem ini.

pencuri kereta merekrut penggodam untuk memasang perisian berkaitan ke komputer peribadi dan diajar bagaimana untuk menggunakan alatan berkenaan.

Menurut sumber terdapat tiga cara untuk mencuri kod encryption bagi membuka kenderaan berkenaan.

Alat tersebut haruslah dipasang di komputer sebelum ia berfungsi dengan perisian pemantauan frekuensi yang ringkas. Ia boleh dimuat turun secara percuma dari Internet.

Seterusnya, perisian itu akan membaca frekuensi yang dipindahkan dari sistem kereta ke alat kawalan.Kaedah lain ialah dengan menyerang sistem kenderaan.

Alat penggodam berfungsi menerusi signal yang ditiru dari alat kawalan.Proses berkenaan boleh dilakukan dalam masa beberapa minit sahaja, bergantung kepada kod data seseorang penggodam. Pencuri juga mencuri kod daripada alat kawalan kenderaan dengan menghantar signal radio kepada alat berkenaan.

Ia menyebabkan sistem kereta akan berkomunukasi dengan kunci dan menghantar respon secara automatik. Pada waktu itu, pencuri kereta akan mengesan frekuensi yang dipindahkan dari kunci sebelum memadankannya dengan sistem pengunci kereta dan seterusnya membuka kereta tersebut serta menghidupkan enjinnya.

Cara Pencegahan.

Lindungi Kunci Kereta (Keyfob) anda dengan beg kalis signal, setiap kali anda keluar dari kenderaan, pastikan Keyfob anda diletakkan dalam beg kalis signal tersebut untuk mengelakkan penggodaman signal frekuensi dari penjenayah yang anda tidak sedar.

p/s: Semakin canggih teknologi, semakin canggih penjenayah melakukan aktiviti. Apa persediaan anda??

Categories :
Share This :

Related Post

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Search

Get our free ebook (wORTH RM199) today !

Find out the techniques used by counter-surveillance experts in detecting hidden cameras and other spy devices.

Scroll to Top

Security and surveillance equipment and services should be made available to everyone. It is not exclusively for the secret service, nor is it for criminals and voyeurs