PENYIASAT PERSENDIRIAN: Cara Terbaik Mengumpul Bukti Yang Berkesan

Adakah anda pernah berhadapan dengan situasi di mana anda perlu mencari seseorang atau mendapatkan maklumat dan data penting? Servis penyiasat persendirian mungkin merupakan pilihan bijak dalam keadaan seperti ini. Berikut adalah beberapa sebab mengapa anda memerlukan perkhidmatan ini:

PENGUMPULAN BUKTI

Penyiasat persendirian (PI) bertanggungjawab dalam mengumpul bukti bagi mencari suspek utama yang terlibat dalam sesuatu kes bagi klien yang akan dibantu. Antara teknik yang digunakan bagi penyiasatan ini adalah dengan cara pemerhatian, penyamaran serta menganalisa data dan dokumen penting yang diperlukan. Teknik ini dilakukan bagi membantu klien mendapatkan bukti yang kukuh sebelum mengambil tindakan undang-undang terhadap suspek yang terlibat.

ETIKA DAN PERATURAN

Untuk pengetahuan semua, penyiasat persendirian yang berkhimat di bawah TSCM Squad adalah terlatih dan berlesen. Di sini, klien tidak perlu risau kerana segala maklumat dan data yang dikumpul oleh penyiasat persendirian akan dijaga dengan sebaik mungkin dan tidak akan dikongsi kepada pihak ketiga. Ini kerana, segala maklumat yang dikongsi dan diterima adalah “private and confidential”.

LAPORAN

Untuk pengetahuan semua, di Malaysia, laporan dan maklumat yang diberikan oleh penyiasat persendirian dapat digunakan di mahkamah. Melalui laporan terperinci mengenai penemuan penyiasatan, ianya dapat digunakan dalam proses undang-undang. Di samping itu, penyiasat persendirian (PI) yang berlesen juga dapat membantu klien di mahkamah untuk memberi keterangan mengenai kes yang dihadapi oleh klien

SITUASI

Servis penyiasat persendirian diperlukan dalam pelbagai situasi. Antaranya:

Curang/Perceraian: Bagi mengumpul bukti kecurangan atau tingkah laku yang boleh mempengaruhi keputusan mahkamah.

Penipuan Kewangan: Bagi menyiasat transaksi mencurigakan atau penyalahgunaan dana dalam syarikat.

Menjejaki Individu Hilang: Bagi mencari individu yang hilang atau tidak dapat dikesan.

Pemeriksaan Latar Belakang: Bagi menyelidik rekod atau latar belakang seseorang sebelum membuat keputusan penting seperti pengambilan pekerja atau perniagaan.

Penyiasatan Kes Jenayah: Bagi menyokong penyiasatan polis atau memperoleh bukti tambahan untuk kes-kes undang-undang.

Secara kesimpulannya, penyiasat persendirian memainkan peranan yang penting dalam membantu individu atau organisasi mendapatkan maklumat yang diperlukan untuk membuat keputusan yang tepat atau untuk menyokong tindakan undang-undang di mahkmah.

Categories :
Share This :

Related Post

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Search

Get our free ebook (wORTH RM199) today !

Find out the techniques used by counter-surveillance experts in detecting hidden cameras and other spy devices.

Scroll to Top

Security and surveillance equipment and services should be made available to everyone. It is not exclusively for the secret service, nor is it for criminals and voyeurs