Tak guna GPS Mahal, Tapi kenderaan hilang tak jumpa

Pernahkah anda mendengar tentang GPS (Global Positioning System)?

Mr X sebelum ni pernah bertulis tentang apa itu GPS. Secara ringkas, Global Positioning System, atau GPS, ialah sistem navigasi berasaskan satelit. GPS berfungsi dalam sebarang keadaan cuaca, di mana-mana sahaja di dunia, 24 jam sehari. Jabatan Pertahanan A.S. (USDOD) pada asalnya meletakkan satelit ke orbit untuk kegunaan ketenteraan, tetapi ia disediakan untuk kegunaan awam pada 1980-an.

Lokasi GPS adalah tepat dan dalam masa nyata. Ia boleh memberikan maklumat seperti jarak, lokasi, kelajuan (jika bergerak). Hari ini, GPS terbina dalam semua jenis peranti, seperti jam tangan pintar, komunikator satelit, kereta, bot dan banyak lagi.

Kegunaan GPS yang orang biasa guna setiap hari sekarang ni adalah Google Maps atau Waze untuk mengelak traffic jam. Dengan aplikasi Google ini, GPS lebih dikenali dan digunakan secara meluas oleh orang ramai. Setiap orang boleh tahu lokasi kedudukan mereka pada sesuatu masa secara tepat.

Selain daripada itu, ada satu lagi jenis aplikasi GPS yang mungkin tak ramai tahu iaitu GPS tracker yang biasa digunakan oleh syarikat kenderaan (fleet management), perkapalan, ketenteraan, dan sebagainya.

GPS Tracker Advance

Dengan adanya GPS Tracker Advance, anda sekarang boleh pasang GPS di kereta sendiri tanpa perlu pemasangan wayar yang rumit dan mahal. Peranti ini kecil sahaja, mudah alih dan tidak perlu apa-apa installation. Jadi anda boleh pasang di bahagian kereta secara tersembunyi.

Yes ini masalah yang sering berlaku. Jom dedahkan!

Dari pengalaman dan case study kami, kami mendapati ramai pengguna GPS hanya mengikut nasihat penjual untuk memasang GPS untuk keselamatan kenderaan. Namun, adakah ia benar-benar selamat? Kenderaan masih sukar dikesan jika hilang atau dicuri. 

Di mana silapnya?

Mr. X cuba share info yang ramai tak tahu dan tak faham. Bagi yang sudah tahu, sila share dengan rakan-rakan anda.

GPS Bukan Aksesori

Tujuan peranti pengesan atau GPS (Global Positioning System) bukanlah aksesori untuk menjadikan kenderaan anda kelihatan cantik, lebih-lebih lagi untuk menunjukkannya kepada orang lain.

Terdapat banyak jenis GPS yang dipasang di kawasan pemandu atau lebih bergaya, terus dipasang di soket rokok. Sangat bergaya, dengan lampu berkelip yang menjadikan bahagian dalam kenderaan anda kelihatan lebih elegan. Walau bagaimanapun, gaya ini memudahkan pencuri mengambil dan buang saja GPS anda apabila mereka masuk ke dalam kenderaan anda.

Gone. Kereta dicuri dan anda tidak boleh jejaki semula kenderaan anda.

Jadi, sepatutnya…

Peranti penjejakan ini biarlah peranti rahsia. Jangan bagitau sesiapa. Bagi peranti GPS berwayar, minta pomen pasang tersembunyi sikit. Kalau boleh letak pasang tempat yang jarang dan tak logik ditemui. Kenderaan korang, korang lagi tahu la kan.

Untuk yang jenis portable seperti GPS Tracker Advance, ia membawa satu kelebihan. Dengan adanya kuasa magnet yang kuat, anda boleh pasang di bahagian body kenderaan tu sendiri. Pilihan di mana nak letak lagi luas. Minta tolong jangan lah bijak sangat letak kat tempat duit syiling atau campak je dalam dashboard.

Lokasi sebenar GPS dalam kenderaan anda mesti dirahsiakan.

Jangan kata Mr. X tak payung. Share untuk membe korang yang dah atau nak pasang GPS tu tau.

p/s:  Fikir dulu sebelum pasang. Spy Gadgets pun ada GPS TRACKER ADVANCE yang memang sesuai untuk korang sorok dalam kenderaan korang tu.
Categories :
Share This :

Related Post

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Search

Get our free ebook (wORTH RM199) today !

Find out the techniques used by counter-surveillance experts in detecting hidden cameras and other spy devices.

Scroll to Top

Security and surveillance equipment and services should be made available to everyone. It is not exclusively for the secret service, nor is it for criminals and voyeurs